DAN KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEDA
DARI SEORANG KAFIR?
Saudara-saudara
sesama Muslim. Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi
darjatnya daripada seorang kafir. Allah senang terhadap seorang Muslim dan
benci kepada orang kafir.Seorang Muslim akan memperoleh keselamatan dari Allah,
sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan, masuk ke Syurga, dan
seorang kafir akan masuk ke neraka.
Marilah kita fikirkan sedalam-dalamnya,
mengapa ada perbedaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang
kafir. Padahal seorang kafir juga adalah dari keturunan Adam, seperti kita
semua. la juga seorang manusia, seperti kita semua. la juga punya tangan, kaki,
mata dan tangan, seperti kita semua. Dan sebagaimana kita semua, ia pun
bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang
sama. Allah yang menciptakan kita, adalah PenciptaNya juga. Maka, kenapakah
darjatnya rendah dan darjat kita tinggi? Mengapa kita semua nanti akan masuk
syurga dan dia masuk neraka?
APAKAH PERBEDAANNYA
HANYA SOAL NAMA SAHAJA?
Ini adalah suatu
masalah yang harus kita fikirkan secara mendalam. Perbezaan yang begitu besar
antara seorang Muslim dan seorangkafir, tidak mungkin disebabkan yang seorang
benama Abdullah dan Abdurrahman, sedang yang lain bernama Joni dan Robertson;
atau kerana yang seorang dikhitan dan yang lain tidak; atau kerana yang seorang
tidak memakan daging babi dan yang lain memakannya. Allah Yang Maha Kuasa, yang
telah menciptakan alam seluruh manusia dan memberinya rezeki, tidak mungkin
bertindak sedemikian kejam, mendiskriminasikan antara makhlukNya, hanya kerana
soal-soal kecil seperti itu dan memasukkan hambaNya yang satu ke syurga sedang
yang lain ke neraka.
PERBEDAAN ISLAM DAN
KUFUR YANG SEBENARNYA
Apabila, memang, perbedaan yang besar dalam kedudukan
seorang Muslim dengan seorang kafir bukanlah kerana soal nama, khitan dan
daging babi.
Kalau begitu, apakah perbezaan yang sebenarnya antara keduanya?
Jawapannya hanyalah satu, yakni kerana Islam dan kufur. Islam bererti kepatuhan
kepada Allah sedangkan kufur bererti ketidakpatuhan kepada Allah. Orang Muslim
dan orang kafir kedua-duanya adalah manusia., kedua-duanya adalah hamba Allah.
Tetapi yang satu, berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah, dan mematuhi perintah-perintahNya.
Yang satu takut akan hukuman yang akan diberikanNya bila ia tidak mematuhi
perintah-perintahNya. Sedangkan yang satu lagi terperosok dari kedudukan yang
tinggi itu kerana ia tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintahNya.
Inilah sebabnya mengapa Allah senang kepada orang-orang
Muslim dan benci kepada orang-orang kafir. Allah menjanjikan kurnia syurga bagi
orang-orang Muslim, dan memperingatkan orang-orang kafir bahawa mereka akan
dimasukkan ke dalam neraka.
SEBAB PERBEZAAN:
PENGETAHUAN DAN PERBUATAN
Dari uraian di atas jelaslah bahawa ada dua perkara yang
membedakan seorang Muslim dengan seorang kafir. Yang pertama adalah pengetahuan
dan yang kedua perbuatan. Pengetahuan bererti bahawa seorang Muslim harus tahu
siapa TuhanNya, apa perintah-perintahNya, bagaimana cara-cara untuk menuruti
kehendakNya, perbuatanperbuatan mana yang disukaiNya dan mana yang tidak
disukaiNya. Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah yang kedua
ialah bahawa ia harus menjadikan dirinya sebagai budak dari Tuhannya,
melaksanakan kehendak-kehendakNya, dan mengabaikan kemauan-kemauannya
sendiri. Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tetapi perbuatan itu
bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka ia harus melepaskan keinginannya
sendiri dan melaksanakan perintah Tuhannya.
Apabila suatu perbuatan kelihatan mulia di matanya, tetapi
Tuhannya mengatakan bahawa perbuatan itu hina, maka ia harus memandangnya hina
pula.
Sebaliknya, bila suatu perbuatan nampak hina dimatanya,
tetapi Tuhannya mengatakan mulia, maka ia harus memandangnya mulia pula.
Apabila ia melihat bahawa sesuatu pekerjaan mengandung bahaya, tetapi TuhanNya
mengatakan bahawa pekerjaan itu harus dilakukan, maka bagaimanapun juga ia
mesti mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan harta benda bahkan
nyawanya. Sebaliknya, apabila ia memandang bahawa sesuatu pekerjaan akan
mendatangkan keuntungan baginya, tetapi Tuhannya melarang pekerjaan tersebut,
maka ia harus meninggalkannya, walaupun pekerjaan tersebut boleh mendatangkan
keuntungan sebanyak harta benda yang ada di seluruh dunia ini. lnilah
pengetahuan dan perbuatan yang menjadikan seorang Muslim sebagai hamba Allah
yang sejati, yang mendapat limpahan rahmatNya serta kedudukan yang luhur mulia.
Dan apa pula alasannya untuk mengatakan bahawa ia berhak
memperoleh rahmat Allah di dunia dan di akhirat?
Islam bukanlah sesuatu yang
bersifat kebangsaan, kekeluargaan atau persaudaraan yang secara langsung
diwarisi oleh orangtua kepada anak dan dari anak kepada cucu. Kedudukan sebagai seorang Muslim tidaklah diperoleh kerana
keturunan sebagaimana halnya kasta, di mana anak seorang Brahmana akan tetap
memperoleh kedudukan yang tinggi, walaupun betapa bodoh dan jahat perangainya,
kerana ia memang lahir dalam keluarga Brahmana yang berkedudukan tinggi.
Sementara itu, anak dari orangtua berkasta rendah akan tetap berkedudukan
rendah, kerana memang ia lahir di tengah-tengah keluarga yang berkasta rendah.
Dalam hal ini Allah telah menyatakan dalam KitabNya:
“... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antaramu di
sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu... " (Al-Quran,
al-Hujrat, 49:13)
Ertinya, semakin banyak orang mengetahui tentang Allah dan
semakin mentaati perintahNya, maka akan semakin tinggi pulalah kedudukannya di
mata Allah. Nabi Ibrahim alaihissalam dilahirkan di tengah-tengah keluarga
seorang penyembah berhala, tetapi beliau mengenal Allah dan mentaati
perintahNya. Itulah sebabnya Allah mengangkatnya sebagai imam seluruh dunia.
Anak Nabi Nuh dilahirkan dalam keluarga seorang nabi, tetapi ia tidak mengerti
tentang Allah dan tidak mentaati perintahNya. Itulah sebabnya mengapa Allah
menghukumnya sedemikian rupa tanpa mempedulikan keluarganya, hingga kisahnya
menjadi contoh bagi seluruh dunia.
Kerana itu marilah kita fahami benar-benar
bahawa apa pun perbezaan yang ada diantara seorang manusia dengan manusia yang
lain, dalam pandangan Allah hal itu berhubungan erat dengan pengetahuan dan
perbuatan. Baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti, rahmat Allah dilimpahkan
kepada mereka yang mengerti akan Allah, tahu jalan yang benar yang
ditunjukkanNya, dan melaksanakan perintah-perintahNya. Mereka yang tidak memenuhi
syarat-syarat ini sama sahaja kedudukannya dengan mereka yang kafir, dan tidak
berhak memperoleh rahmatNya, tidak peduli mereka benama Abdullah, Abdurrahman,
Joni atau Kartar Singh.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar