MEMAHAMI ISI
AL-QURAN DAN MENJALANKANNYA ADALAH WAJIB 'AIN
DAN AKIBAT PERLAKUAN YANG ZALIM TERHADAP AL QUR’AN
Seandainya anda melihat orang yang sedang sakit membuka
buku tentang pengubatandan mengira bahawa dengan membacanya ia akan dapat
sembuh dari penyakitnya, makaapa yang dapat anda katakan tentang orang itu?
Tentu anda akan mengatakan bahawa orang tersebut adalah orang yang kurang waras
dan harus dikirim ke rumah sakit jiwa?
Akan
tetapi tidakkah anda sedar bahawa anda sendiri melakukan hal yang sama
kepadabuku yang dikirimkan oleh Doktor terpandai untuk menyembuhkan
penyakit-penyakitanda? Anda hanya membacanya sahaja dan mengira bahawa dengan
membacanya begitusahaja, semua penyakit anda akan hilang. Anda mengira bahwa
anda sudah cukupdengan membacanya sahaja tidak perlu untuk menuruti
petunjuk-petunjuk yangterkandung di dalamnya, tidak pula penting untuk
menghindari bahaya seperti yangdikatakannya.
Maka,
mengapa anda tidak memberikan penilaian yang sama kepada dirianda sendiri
seperti yang anda berikan kepada orang yang mengira bahawa denganmembaca buku
perubatan sahaja adalah cukup untuk menyembuhkan penyakit?
Kalau
anda menerima surat dalam bahasa yang tidak difahami, tentu anda mencariorang
yang mengerti bahasa tersebut untuk mengetahui isinya. Anda tidak merasa tenang
sebelum anda mengetahui isi surat tersebut.
Begitulah
yang anda lakukan terhadap suratsurat dagang yang mungkin akan memberikan
keuntungan yang sedikit bagi anda. Akan tetapi surat yang dikirimkan oleh
Penguasa dunia kepada anda yang menerangkan semua keuntungan anda di lapangan
din, yang berkaitan kehidupan duniawi, anda biarkan begitu sahaja tanpa mencuba
untuk memahami isinya. Anda tidak memperlihatkan keinginan untuk mengetahui
isinya. Tidakkah ini suatu hal yang menghairankan?
AKIBAT PERLAKUAN YANG ZALIM TERHADAP, KITAB ALLAH.
Saudara-saudara!Saya tidak mengatakan ini semua,
hanya untuk memuaskan diri saya sendiri sahaja. Tetapi bila anda merenungkan
semua kenyataan itu, hati anda akan membenarkan bahawa sekarang ini Kitab Allah
sedang mengalami perlakuan yang zalim di dunia ini, dan pelaku-pelakunya adalah
orang-orang yang menyatakan dirinya sendiri beriman kepadanya dan bersedia mati
untuk membelanya.
Tidak syak lagi mereka memang, beriman kepadanya dan
menganggapnya lebih berharga daripada hidup mereka sendiri; tetapi sayangnya
mereka sendirilah yang memperlakukannya dengan perlakuan yang paling zalim.
Dan akibat perlakuan yang zalim terhadap Kitab Allah
ini jelas kelihatan! Hendaklah kita fahami sebenar-benarnya bahawa, Kitab Allah
tidaklah diturunkan kepada manusia untuk menjerumuskannya ke dalam jurang
kecelakaan, kemalangan danpenderitaan. "Kami tidak menurunkan al-Qur'an
ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapisebagai peringatan bagi orang yang
takut (kepada Allah). (Al-Qur'an, Thaha, 20:2-3)
Al-Qur'an adalah sumber kebahagiaan dan nasib baik,
bukannya sumber kejahatan dan kesengsaraan. Tidak mungkin suatu umat yang
memiliki Wahyu Allah hidup dalam penderitaan di dunia ini, diperbudak,
diinjak-injak dan ditendang oleh orang lain,dicengkam tengkuknya dan dicucuk
hidungnya dan dicampak ke arah mana sahaja yang disukai orang lain tersebut.
Suatu umat hanya akan menemui nasib seperti ini bila
mereka memperlakukan Kitab Allah secara zalim. Nasib Bani Israil terpampang di
hadapan anda. Taurat dan Injil diturunkan kepada mereka dan dikatakan:
“Dan
sekiranya mereka sungguh-sungguh menjalankan (hukum) Taurat dan Injil dan
al-Qur'an, yang diturunkan kepada mereka dari Tuhannya, nescaya merekaakan
mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka". (Al-Qur'an,
al-Maidah, 5:66)
Tetapi
mereka memperlakukan Kitab-kitab Allah tersebut dengan cara yang zalim dan
mereka memperoleh balasan perbuatan itu:
“...Lalu
ditimpakanlah kepada mereka nista dan kehinaan, serta mereka mendapat kemurkaan
dari Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar